Apa itu akuan 3 dalam kwsp ini?
Sebelum ini kwsp berbahagi kepada 2 akuan iaitu akuan 1 dan akuan 2. Jadi lepas ini akan menambahkan satu lagi akuan iaitu akuan 3 (akuan fleksibel). Antara ketiga-tiga akuan duit kwsp kita akan membahagian kepada 3 akuan. Kenapa kumpulan wang simpanan pekerja ini mewujudkan akuan 3 ini? Duit simpanan yang ada dalam akuan 3 ini boleh mengeluar duit bila-bila masa saja. Jadi inilah tujuan kwsp mewujudkan akuan 3 ini.
Tarikh akuan 3 ini efektif?
Akuan 3 ini akan berefektif mulai 11 Mei 2024.
Bagaimanakah duit potongan kwsp ini akan berbahagi kepada ketiga-tiga akuan ini?
Sebelum ini majikan anda memasukan duit potongan kwsp anda ke akuan 1 dan akuan 2. Lepas ini majikan anda akan memasukan duit potongan kwsp anda ke akuan 1-75%, akuan 2-15% dan untuk akuan 3-10%. Contohnya duit kwsp anda Rm1000 dan majikan akan memasukan dalam akuan 1 Rm750, akuan 2 Rm150 dan akuan 3 RM100. Jadi inilah cara akan membahagikan duit kwsp anda.
Untuk masa sekarang akuan 3 anda masih bermula dari Rm0 tetapi anda boleh membuat pertukaran duit dari akuan 2 ke akuan 3. Contohnya akuan 2 anda mempunyai duit sebanyak Rm3000 anda dibenarkan membuat pertukaran ke akuan 3 anda sebanyak Rm1000 manakala akuan 2 anda mempunyai Rm30,000 anda boleh membuat pertukaran ke akuan 3 anda sebanyak Rm10,000. Jadi pertukaran ini hanya boleh buat sekali saja dan tempoh membuat pertukaran ini 11 Mei 2024 hingga 31 August 2024 sahaja.
Untuk pengeluaran duit dari akuan 3 anda boleh buat bila-bila masa saja dan tidak had pengeluaran.
Maklumat lanjut mengenai kwsp sila ke : https://www.kwsp.gov.my/ms/